GHAZAL, persembahan muzik dan nyanyian lagu-lagu Melayu yang bertemakan kasih sayang. Ghazal berasal daripada tradisi muzik Arab yang wujud sejak zaman jahiliah. Dalam bahasa Arab, ghazal bermaksud ‘lagu dan puisi kasih’. Dalam masyarakat Melayu, ghazal mempunyai pelbagai fungsi antaranya sebagai alat hiburan, meraikan upacara berkhatan dan perkahwinan.

Cik Putih Hashim Lagenda Ghazal Parti

Ghazal Parti Persembahan Lengkap

Selasa, 28 Disember 2010

Ghazal Parti Turut Berlarak dan Buat Persembahan di GEORGE TOWN CITY DAY 1 JAN 2011


Perarakan dan persembahan GHAZAL PARTI (Seni Warisan Pulau Pinang) pada hari sabtu 1.1.2011 di GEORGE TOWN CITY DAY bertempat di Padang Kota Lama, Pulau Pinang.

Kumpulan Ghazal Parti Fajar Irama, Nibong Tebal akan turut serta bersama-sama dengan Kumpulan Boria Pulau Pinang dan lebih 21 kumpulan seni pelbagai kaum di Pulau Pinang akan turut serta di malam tersebut.

Datanglah beramai-ramai saksikan GEORGE TOWN CITY DAY.

Jumaat, 20 Ogos 2010

GHAZAL PARTI ARAB DI HOTEL PUTERA PALACE





HOTEL PUTERA PALACE PERLIS INDERA KAYANGAN TELAH MENGUNDANG KHAS AJINDA GHAZAL PARTI KEPALA BATAS, SEBERANG PERAI UNTUK BUAT PERSEMBAHAN DI MAJLIS PERKAHWINAN BERKONSEPKAN TIMUR TENGAH.

Kesemua lagu-lagu yang dipersembahkan malam itu lagu-lagu Arab dan instrumental irama padang pasir.

Tetamu tetamu malam itu pula dihidangkan dengan aneka makanan menu Timur Tengah.

Anggota Kumpulan Ghazal Parti digabungkan dari Kumpulan Ajinda Ghazal Parti Kepala Batas, Fajar Irama Ghazal Parti, Nibong Tebal, Ghazal Parti Terolak, Perak dan Ghazal Parti Yan Kedah.

Dua orang lama veteran Ghazal Parti iaitu Kassim Saidin dan Putih Hashim turut bersama. Kassim bermain akordian dan Putih Hashim bermain violin serta menyanyi.

Sepanjang persembahan malam itu penonton begitu terhibur hinggakan ada yang turut menari bila mendengar alunan irama Padang Pasir itu.

Kumpulan dan persembahan dibawa oleh Omar Hashim Omara dari Pulau Pinang dan HM Beseri dari Perlis.

Pelawak terdiri dari Yusof Misai Kontot dan Tok Mo Pendek. Pengacara, Omar Hashim sendiri dengan berpakaian Arab.

Ahad, 11 Julai 2010

Ghazal Parti di Tapak Warisan Dunia




Persembahan Ghazal Parti turut menyerikan sambutan ulang tahun ke 2, George Town Bandar Warisan Dunia atau George Town Festival 2010 yang diadakan sepanjang bulan Julai di Pulau Pinang.

Pada 4 Julai, Fajar Irama Ghazal Parti telah diundang buat persembahan bertempat di Rumah Teh Bunga (Bakal Muzium Melayu) di Jalan Hatin, Pulau Pinang dan pada 7 Julai pula sekali lagi buat persembahan di Lebuh Acheh, George Town.

Sepanjang persembahan, kelihatan penonton-penonton ramai yang berpuas hati dan tertarik dengan keunikan persembahan seni warisan yang jarang-jarang diadakan ini. Ramai muda dan tua yang mengambil kesempatan merakamkan persembahan Ghazal Parti dengan handphone dan kamera masing-masing. Ini menunjukkan bentuk seni hiburan seperti ini mendapat tempat di kalangan masyarakat kita dan juga pelancong.

Atas: Foto oleh: Omar Hashim Omara
Bawah: Foto oleh: Pak Wan

Rabu, 9 Jun 2010

Persembahan Ghazal Parti Di Rumah Teh Bunga



Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menggesa syarikat swasta mengambil bahagian dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan warisan dengan menyumbang kepada Tabung Warisan Negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, menerusi sumbangan syarikat swasta, kerajaan yakin lebih banyak projek pemuliharaan bangunan warisan serta tuntutan semasa kepada kementerian dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Menurutnya, dengan mewujudkan Tabung Warisan Negara menerusi kerjasama pelbagai pihak, kerajaan akan memperhebatkan usaha menyokong dan menambah tabung itu walaupun kementerian turut menyumbang kepada dana tersebut.

"Bagi menarik lebih ramai penyertaan pihak swasta, kementerian akan meminta kerajaan mempertimbangkan pengecualian cukai kepada mana-mana syarikat yang memberi sumbangan kepada tabung itu berdasarkan jumlah tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan bangunan warisan yang sudah selesai dibaik pulih dikenali sebagai Rumah Teh Bunga di Jalan Hutton di sini hari ini.

Projek konservasi rumah tersebut oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) yang dijalankan selama tiga tahun bermula 22 disember 2008, kini dijadikan sebagai Galeri Warisan Melayu Pulau Pinang.

Rumah Teh Bunga didaftarkan sebagai warisan baru-baru ini. Ia disempurnakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Turut hadir Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara (JWN), Prof Emeritus Datuk Zuraina Majid.

Terima kasih kerana Ghazal Parti Fajar Irama telah diundang membuat persembahan di Majlis ini.

Penyanyi pemimpin: Putih Hashim
Pelawak: Chop Misai Kontot dan Bakar Panjang
Pengurus: Omar Hashim Omara
Gambar atas: Pengarah Warisan Tak Ketara En. Siri Neng Buah turut menyampaikan sebuah lagu berirama padang pasir.

Ahad, 28 Februari 2010

Biodata Jimah Chin atau Putih Hashim Ghazal Parti





Namanya Jimah binti Chin dan mendapat gelaran Putih Hashim sejak dari kecilnya lagi.

Lahir tahun 1947 di Sungai Bakau, Parit Buntar, Perak

Belajar di Sekolah Agama Sungai Acheh, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, P. Pinang

Mula berkecimpung dalam muzik kumpulan nasyid dengan bermain violin sejak usia 13 tahun.

Masa berumur 20 Tahun (1967) menjadi pembantu pemimpin kepada Kumpulan Cahaya Mata Ghazal Parti Sungai Bakau dibawah pimpinan Sabran Affendi

Tahun 1972 menubuhkan Kumpulan Ghazal Parti Sinaran Bulan dan akhirnya dikenali dengan nama Fajar Irama Ghazal Parti hingga sekarang

Ahli-ahli ghazal parti tinggal di Pulau Pinang dan Perak

Boleh bermain banyak alat-alat muzik ghazal parti, antaranya ialah : Violin, Gambus (aud), Akordian, Flute, Dubble Bass dan lain-lain lagi

Pernah buat persembahan di negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila berpeluang menyanyi, bermain violin dan buat persembahan ghazal parti bersama-sama ahli kumpulannya di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sempena peristiharan George Town dan Melaka Bandar Warisan Dunia pada November 2008.

Berkebolehan menyanyi – Lagu-lagu Arab dan Melayu

Ahli-ahli Kumpulan Ghazal Parti terdiri dari 16 orang termasuk pemuzik, penyanyi, penari dan pelawak

Terus memperjuangkan seni warisan Ghazal Parti dari zaman kanak-kanak hinggala sekarang

Beliau tidak pernah berkahwin hingga sekarang, tinggal seorang diri di sebuah rumah sewa yang uzur. Jika tiada persembahan dan latihan ghazal parti, setiap hari Jimah akan pergi ke sungai untuk memancing. Semasa muda dia pernah menjadi pemandu teksi.

Ghazal Parti Seri Mutiara Terolak Buat Persembahan di Pahang




Seri Mutiara Ghazal Parti dari Trolak, Perak telah diundang buat persembahan di Felda Triang 3, Tasek Bera, Pahang pada 27hb. Februari jam 9 malam. Pemimpinnya Chan Chin (abang kepada penggiat ghazal parti terkenal Putih Hashim @ Jimah Chin telah membawa rombongan kumpulannya lebih 14 orang.

Anggotanya: Nordin Sulaiman (bass), Wak Basir (drum), Yazid (akordian), Putih Hashim (biola), Chan Chin (biola), Che Man (gambus), Pak Long (flute), Pak Hamid (bongo), Yusof Misai Kontot dan Ismail Karipap (pelawak), Ani dan Maria (penari), Wan Zahrah dan Maimunah (penyanyi undangan).

Sepanjang persembahan, penonton telah dihiburkan dengan nyanyian lagu-lagu melayu, arab dan hindustan diiringi muzik ghazal parti, lawak jenaka Chop Misai Kontot dan Ismail Karipap yang digabungkan seorang dari Teluk Intan, Perak dan seorang dari Seberang Perai, Pulau Pinang telah memeriahkan suasana malam itu. Menakala dua orang penari yang didatangkan khas dari Taiping, Perak iaitu Ani dan Maria telah mempersembahkan tarian-tarian yang menarik sepanjang persembahan itu.

Saya yang turut serta dengan rombongan ghazal parti ini sempat merakamkan gambar-gambar di sekitar persembahan dan turut membawa anggota rombongan ke sana.