GHAZAL, persembahan muzik dan nyanyian lagu-lagu Melayu yang bertemakan kasih sayang. Ghazal berasal daripada tradisi muzik Arab yang wujud sejak zaman jahiliah. Dalam bahasa Arab, ghazal bermaksud ‘lagu dan puisi kasih’. Dalam masyarakat Melayu, ghazal mempunyai pelbagai fungsi antaranya sebagai alat hiburan, meraikan upacara berkhatan dan perkahwinan.

Cik Putih Hashim Lagenda Ghazal Parti

Ghazal Parti Persembahan Lengkap

Ahad, 28 Februari 2010

Ghazal Parti Seri Mutiara Terolak Buat Persembahan di Pahang




Seri Mutiara Ghazal Parti dari Trolak, Perak telah diundang buat persembahan di Felda Triang 3, Tasek Bera, Pahang pada 27hb. Februari jam 9 malam. Pemimpinnya Chan Chin (abang kepada penggiat ghazal parti terkenal Putih Hashim @ Jimah Chin telah membawa rombongan kumpulannya lebih 14 orang.

Anggotanya: Nordin Sulaiman (bass), Wak Basir (drum), Yazid (akordian), Putih Hashim (biola), Chan Chin (biola), Che Man (gambus), Pak Long (flute), Pak Hamid (bongo), Yusof Misai Kontot dan Ismail Karipap (pelawak), Ani dan Maria (penari), Wan Zahrah dan Maimunah (penyanyi undangan).

Sepanjang persembahan, penonton telah dihiburkan dengan nyanyian lagu-lagu melayu, arab dan hindustan diiringi muzik ghazal parti, lawak jenaka Chop Misai Kontot dan Ismail Karipap yang digabungkan seorang dari Teluk Intan, Perak dan seorang dari Seberang Perai, Pulau Pinang telah memeriahkan suasana malam itu. Menakala dua orang penari yang didatangkan khas dari Taiping, Perak iaitu Ani dan Maria telah mempersembahkan tarian-tarian yang menarik sepanjang persembahan itu.

Saya yang turut serta dengan rombongan ghazal parti ini sempat merakamkan gambar-gambar di sekitar persembahan dan turut membawa anggota rombongan ke sana.

Tiada ulasan: