GHAZAL, persembahan muzik dan nyanyian lagu-lagu Melayu yang bertemakan kasih sayang. Ghazal berasal daripada tradisi muzik Arab yang wujud sejak zaman jahiliah. Dalam bahasa Arab, ghazal bermaksud ‘lagu dan puisi kasih’. Dalam masyarakat Melayu, ghazal mempunyai pelbagai fungsi antaranya sebagai alat hiburan, meraikan upacara berkhatan dan perkahwinan.

Cik Putih Hashim Lagenda Ghazal Parti

Ghazal Parti Persembahan Lengkap

Isnin, 24 September 2012

Muzik Gambus Iringi Ketibaan dan Keberangkatan Balik TYT Tun Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang


Majlis sambutan Hari Jadi TYT Yang Di Pertua Negeri P. Pinang Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah yang berlangsung di Politeknik Seberang Perai. Pemain muzik Ghazal Parti mengiringi ketibaan Tun dan Keberangkatan balik.


Sabtu, 30 Jun 2012

 Persembahan Ghazal Parti Fajar Irama, Parit Buntar di Majlis Perkahwinan di Balai Rakyat Jalan Patani, Pulau Pinang.

Gambar bawah: Pelakon Abu Bakar Juah bergambar bersama sebahagian anggota Kumpulan ghazal parti di akhir persembahan.

Ahad, 15 April 2012

Pak Man Telo, Jaafar Osman dan Ismail Don Dalam Berita Harian


Artikel dalam akhbar Berita Harian 31 Ogos 1977 - Jaafar Ingin Turut Serta Rancangan Tv. Kisah 3 orang pelawak Ghazal Parti Irama Baru, bersama Orkes Dejavanis Hindustani Ghazal Parti Bukit Tengah, Bukit Mertajam. Pak Man Telo dulunya dikenali dengan nama Zainol C atau digelar juga Non Cina dan Ismail Don telah meninggal dunia tidak lama dulu. Kini Jaafar tidak lagi berlawak, tinggal di Jalan Pengkalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam. Beliau bekas kakitangan Pejabat Pos.

Khamis, 5 Januari 2012

Cik Putih Hashim Terima Anugerah Penghargaan

Cik Putih Hashim terima anugerah penghargaan Tokoh Ghazal Parti dari Y.B. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Selasa, 3 Januari 2012

Ghazal Parti di Sambutan 55 Tahun George Town

Sempena Sambutan George Town 55 Tahun yang diadakan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 31 Disember 2011 lepas, Ghazal Parti juga turut diundang membuat persembahan disamping acara-acara kebudayaan dan kesenian lain. 

Persembahan ini dari Kumpulan Ghazal Parti Fajar Irama, Nibong Tebal, Seberang Perai pimpinan Cik Putih Hashim. Pelawak - Chop Misai Kontot. Mereka mempersembahkan sebuah lagu yang berirama padang pasir.