GHAZAL, persembahan muzik dan nyanyian lagu-lagu Melayu yang bertemakan kasih sayang. Ghazal berasal daripada tradisi muzik Arab yang wujud sejak zaman jahiliah. Dalam bahasa Arab, ghazal bermaksud ‘lagu dan puisi kasih’. Dalam masyarakat Melayu, ghazal mempunyai pelbagai fungsi antaranya sebagai alat hiburan, meraikan upacara berkhatan dan perkahwinan.

Persembahan Ghazal Party

Persembahan Ghazal Party

Isnin, 19 Oktober 2009

Sejarah Penari Gelek Dalam Ghazal Parti

Fakta: Penari Ghazal Parti

Dalam persembahan Ghazal Parti, akhir tahun 1940an di Utara pada masa itu, wanita tidak dibenarkan menjadi penari. Ini dilarang sendiri oleh Haji Ahmad Badawi (bapa kepada Mantan Perdana Menteri Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi). Lelakilah yang menjadi penari gelek kepda lagu-lagu berirama padang pasir yang dimainkan. Tetapi lelaki penari ini dipakaikan pakaian wanita. Tujuan diadakan tarian ala wanita ini ialah sebagai tarikan kepada penonton untuk meramai dan memeriahkan setiap persembahan yang diadakan pada masa itu.

Pakaian wanita yang dipakai oleh penari ini ialah tudung, kain batik dan baju kurung. 'Mak Nyah' atau pondan hanya muncul di tahun 1950an sebagai penari. Pada tahun 1970an, persembahan ghazal parti sudah tidak menggalakkan penari lagi. Tetapi sekarang terdapat beberapa persembahan yang mengambil semula penari kerana ianya sudah menjadi sebuah warisan untuk ditontonkan kepada generasi sekarang ini.

2 ulasan:

elsedaka berkata...

Penari ghazal parti yang saya kenali sejak kecil lagi ialah Che Puteh dan Mat Tut yang menari bagi Ghazal Pati Puspa Kencana Yan Kedah pada awal 70an dulu.Mereka berdua ni kalau bergelek memang macam penari Gelek Arab sehingga kami budak2 sampai ternganga mulut tengok.Pelawak pula Cha Asam Katok, Saad Bubur Kacang dan Non Pendek. Penyanyi Arabnya pulak bapa saya la..Ustaz Yusoff Saidi.Memang seronok kalau dapat tengok persembahan ghazal pati tapi jangan campor dengan lain2 persembahan.

anaksedaka berkata...

Kali pertama dapat peluang menonton ghazal parti secara dekat adalah pada penghujung tahun 60an kalau tak salah saya iaitu semasa kumpulan ghazal yg saya tak tau nama nya memilih kg sedaka sebagai tapak untuk mendirikan bangsal latihan mereka.saya tak pasti macamana ianya terjadi begitu tapi apa yang pasti peminat2 ghazal di kg Sedaka dapat berhimpun pada sebelah malamnya untuk menonton pertunjukkan percuma sambil berehat setelah penat berhempas pulas di bendang pada sebelah siangnya. Waktu tu manlah ada hiburan nak harap wayang pacak pun berzaman baru timboi sekali.Seingat saya bangsal ghazal tu di kelililingi pokok nipah, repi sungai sedaka dan ianya dekat dengan rumah Tok Lebai Saad.Pada setiap malam yang diadakan latihan penuh la orang kampung pakat kelililing bangsal tu dan saya dengan budak2 lain takdak peluang langsung nak rapat jadi terpaksalah cari peredu nyok atau panjat tunggoi nipah untuk tengok lebih jelas. Tukang gelek waktu tu kalau tak silap saya nama Zainol memang gelek sakan la.Ustaz Yusoff waktu tu baru berkecimpung sebagai penyanyi dan alunan suara dia memang sedap! Selain dari tarian dan nyayian saya dan sahabat2 karib dianatra nya sdra Cik Man dan Hj Salleh amat tertarik dengan bakat semula jadi pemain gambus yang kalau tak salah saya nama dia Ismail, org kampung panggil Maie saja.Setahu kami dia ni ada masalah pendengaran tapi yg herannya dia boleh ikut lagu dan petik gambus dia tanpa kesilapan,memang terer! Itulah kengan saya zaman kanak2 dulu tengok pertunjukkan ghazal parti...