GHAZAL, persembahan muzik dan nyanyian lagu-lagu Melayu yang bertemakan kasih sayang. Ghazal berasal daripada tradisi muzik Arab yang wujud sejak zaman jahiliah. Dalam bahasa Arab, ghazal bermaksud ‘lagu dan puisi kasih’. Dalam masyarakat Melayu, ghazal mempunyai pelbagai fungsi antaranya sebagai alat hiburan, meraikan upacara berkhatan dan perkahwinan.

Cik Putih Hashim Lagenda Ghazal Parti

Ghazal Parti Persembahan Lengkap

Isnin, 19 Oktober 2009

Sejarah Penari Gelek Dalam Ghazal Parti

Fakta: Penari Ghazal Parti

Dalam persembahan Ghazal Parti, akhir tahun 1940an di Utara pada masa itu, wanita tidak dibenarkan menjadi penari. Ini dilarang sendiri oleh Haji Ahmad Badawi (bapa kepada Mantan Perdana Menteri Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi). Lelakilah yang menjadi penari gelek kepda lagu-lagu berirama padang pasir yang dimainkan. Tetapi lelaki penari ini dipakaikan pakaian wanita. Tujuan diadakan tarian ala wanita ini ialah sebagai tarikan kepada penonton untuk meramai dan memeriahkan setiap persembahan yang diadakan pada masa itu.

Pakaian wanita yang dipakai oleh penari ini ialah tudung, kain batik dan baju kurung. 'Mak Nyah' atau pondan hanya muncul di tahun 1950an sebagai penari. Pada tahun 1970an, persembahan ghazal parti sudah tidak menggalakkan penari lagi. Tetapi sekarang terdapat beberapa persembahan yang mengambil semula penari kerana ianya sudah menjadi sebuah warisan untuk ditontonkan kepada generasi sekarang ini.