GHAZAL, persembahan muzik dan nyanyian lagu-lagu Melayu yang bertemakan kasih sayang. Ghazal berasal daripada tradisi muzik Arab yang wujud sejak zaman jahiliah. Dalam bahasa Arab, ghazal bermaksud ‘lagu dan puisi kasih’. Dalam masyarakat Melayu, ghazal mempunyai pelbagai fungsi antaranya sebagai alat hiburan, meraikan upacara berkhatan dan perkahwinan.

Persembahan Ghazal Party

Persembahan Ghazal Party

Jumaat, 1 Februari 2008

NOSTALGIA GHAZAL PARTI

AJINDA GHAZAL PARTI KEPALA BATAS
Ajinda Ghazal Parti Kepala Batas dibawah pimpinan Idrus Saidi. Terkenal dengan pelawaknya Hasan Putu Mayong dan Husin Kachong, Kedua-duanya telah meninggal dunia. Penyanyi yang tidak asing lagi ialah Ustaz Khalid Hassan iaitu abang kepada penyanyi Ahmadi Hassan. Ustaz Khalid telah meninggal. Selain itu Jamaluddin Amini. Pemain gambus Pak Ngah Che Man juga telah meninggal dunia.


CAHAYA MATA GHAZAL PARTI SUNGAI BAKAU
Dibawah pimpinan Putih Hashim. Penyanyinya terdiri dari Putih Hashim sendiri, Mat Isa Din (telah meninggal) dan Habsah  (kini tinggal di Nibong Tebal, Seberang Perai). Pelawak pula ialah Harun Kastila, Azman Bujang, Daud Bujang (baru meninggal dunia) dan pernah juga disertai oleh pelawak yang tidak asing lagi Hassan Putu Mayong (telah meninggal).

Gambar: persembahan di sebuah rumah kenduri di Parit Tebok Jawa, 
Jalan Sempadan, Parit Buntar, Perak. Sebahagian anggota kumpulan 
bergambar dengan peminat. Lain-lain gambar persembahan ghazal parti di tempat yang sama.

GHAZAL PARTI YAN
Ghazal Parti Yan pula terkenal dengan pelawaknya Mat Saad Bubur Kacang ( kini berniaga di gerai Pantai Murni, Yan).

GHAZAL PARTI CHANDINI
Ghazal Parti Chandini Batu Lima, Sik terkenal dengan irama hindustan dibawah pimpinan Hamid Khan.

GHAZAL PARTI SEBERANG KAMPONG BARU
Kumpulan Ghazal Parti Seberang Kampong baru Kuala Kedah ditubuhkanpada tahun 1955 oleh sekumpulan anak muda belasan tahun di kawasan itu yang di ketuai oleh En.Mohamad bin Awang. Darai iatu penari lelaki yang berpakaian perempuan diaksikan oleh Din bin Mohd Diah (Din Mat Diah) manakala Ramli Bin Othman dan Abdullah bin Din atau Pak Lah India (sudah meninggal) memegang peranan sebagai pelawak.


IRAMA BARU GHAZAL PARTI BUKIT TENGAH DAN DEEJAVANIS HINDUSTANI GHAZAL PARTI P. PINANG

Selepas kumpulan-kumpulan ghazal parti irama padang pasir mula menyepi di penghujung tahun 70'an muncul pula kumpulan ghazal parti yang agak moden coraknya. Di Jalan Pengkalan, Bukit Tengah lahir Irama Baru Ghazal Parti dibawah pimpinan Yaakob Salih. Untuk memantapkan lagi persembahan, mereka bergabung pula dengan Kumpulan Deejavanis Hindustani Parti dari Pulau Pinang. Pengaracara - Mansur Darus (telah meninggal), pelawak - Harun Kastila, Ismail Don (meninggal) dan Jaafar Osman.
Selepas itu masuk pula pelawak Pak Man Telo dan Deris Cabai Kering. Penyanyi - Preem Kamal, Dildar Singh Gill, A.K. Abdullah, A. Kareem, Z. Mohammad (bekas penyanyi D'Latinos), Mayati Hasnah dan ramai lagi. Juga beberapa orang penari (lelaki berpakaian perempuan) yang jelita. Lagu-lagu utama mereka ialah lagu hindustan disamping beberapa lagu-lagu melayu dan dangdut semasa. Gambar: Pelawak Pak Man Telo (meninggal) dengan Kesavan Pulusamy kini pemain flute terkenal di Kuala Lumpur.


LAGU LAGU ARAB

Antara lagu-lagu Arab yang sering dimainkan oleh kumpulan-kumpulan ghazal parti ialah lagu-lagu seperti "wai Ya", "Ya Gamil", "Istak na ya albi", "ma'al wen telu", “Anna Winta” dan banyak lagi.

...Ya gamil ya gamil li ya gami, A'la hubbak ba li dalil, manakhayyir albi min, yam hayyar albi ma'ad, yam gharrir, fikriwarad,khaifla bu' ti huad....
.

2 ulasan:

Azmi Ahmad berkata...

Setinggi-tinggi tahniah kepada Saudara yang memartabatkan semula seni rakyat yang amat populer pada era Tahun 50-an hingga 60-an ini.

TOM berkata...

Ermmm...saya saja2 masuk tgk....kalau nak tahu Hamid Khan tu adalah bapa saya..Orkes Ghazal Parti Chandini...