GHAZAL, persembahan muzik dan nyanyian lagu-lagu Melayu yang bertemakan kasih sayang. Ghazal berasal daripada tradisi muzik Arab yang wujud sejak zaman jahiliah. Dalam bahasa Arab, ghazal bermaksud ‘lagu dan puisi kasih’. Dalam masyarakat Melayu, ghazal mempunyai pelbagai fungsi antaranya sebagai alat hiburan, meraikan upacara berkhatan dan perkahwinan.

Cik Putih Hashim Lagenda Ghazal Parti

Ghazal Parti Persembahan Lengkap

Jumaat, 13 Mei 2022

Ghazal Parti kembali pulih balik di waktu endemik

Seni Warisan Ghazal Parti masih hidup di Pulau Pinang. Antara kami dari Kumpulan Fajar Irama Ghazal Parti, Nibong Tebal, Seberang Perai buat persembahan kembali selepas endemik.






 

Jumaat, 15 Januari 2021

Persembahan Ghazal Parti di Majlis Perkahwinan




 Satu Persembahan Ghazal Parti di Majlis Perkahwinan.Berlangsung di sebuah hotel Pulau Pinang.
Ghazal parti ini lengkap dengan Penyanyi, Pemuzik, Pelawak dan Penari. Fajar Irama Ghazal Parti di bawah pimpinan Cik Putih Hashim dan diuruskan oleh Omar Hashim ( Omara ).


Khamis, 8 Oktober 2020

Ghazal Parti Selesai Shooting Tv


Kumpulan Ghazal Parti Fajar Irama Nibong Tebal selesai buat pengambaran untuk dokumentari Tv di Rumah Teh Bunga, Jalan Hatin, Pulau Pinang baru-baru ini.

Rabu, 24 Jun 2020

Sidang Media penggiat-penggiat Ghazal Parti di Muzium Negeri Pulau Pinang

Jumaat, 24 April 2020

Zaman Kegemilangan Ghazal Parti

 Dahulu Kumpulan Ajinda Ghazal Parti Kepala Batas terpaksa di pecah dua kumpulan kerana sambutan ketika itu sangat hebat. Yang ini salah satu daripadanya. Pernah di satu malam mereka dapat undangan dua persembahan pada masa yang sama. Kumpulan A dan Kumpulan B masing-masing akan berpecah pergi buat persembahan. Pelawak Hassan Putu Mayong dan Husain Kachong. Kini Ajinda Ghazal Parti masih lagi wujud dan dipimpin oleh Encik Awang Ghazal dari Paya Keladi Kepala Batas.
Ini salah satu lagi kumpulan ghazal parti yang menjadi pesaing kepada Ajinda Ghazal Parti Kepala Batas iaitu Seri Sinaran Bulan Ghazal Parti Sungai Bakau, Parit Buntar Perak. Pernah juga bertukar nama kepada Cahaya Mata Ghazal Parti Sungai Bakau dan kini dikenali sebagai Fajar Irama Ghazal Parti dibawah pimpinan Cik Putih Hashim. Pelawak pada zaman kegemilangan itu ialah Harun Kastila, Daud Bujang dan juga Hassan Putu Mayong.

Selasa, 1 Mac 2016

DE JAWANIS HINDUSTANI GHAZAL PARTI

Dalam tahun 80an.. Kumpulan Ghazal Party Tradisional mulai jatuh dengan kemunculan Ghazal Party ala moden iaitu antaranya DE JAWANIS HINDUSTANI GHAZAL PARTI yang bergabung dengan BAND IRAMA BARU dari Bukit Tengah, Bukit Mertajam. Dalam gambar yang saya ambil ini, Allahyarham Pak Man Telo sedang berlawak dengan Deris Cabai Kering. Antara pelawak lain kumpulan ni juga ialah Harun Kastila, Jaafar Osman dan jugak Allahyarham Ismail Don.

Ahad, 26 Oktober 2014

Ghazal Parti dalam Orang Kita Tv1 RTM


 SEKITAR PENGAMBARAN DAN SIARAN TV RTM1 - ORANG KITA tajuk GHAZAL PARTI siaran 7 Ogos 2014.

Terima kasih Penerbit Saliza Ibrahim yang telah berusaha membuat pengambaran dan penerbitan dokumentari ini. Sekurang-kurangnya seni warisan Ghazal Parti yang berasal dari Negeri Pulau Pinang ini dapat diketengahkan kepada orang ramai.

Saya, seorang penggiat seni yang diberi kepercayaan membantu dari sebelum hingga selesai penerbitan ini rasa terharu dan gembira kerana inilah salah satu caranya warisan seni ini kita martabatkan di persada seni tanahair.

Terima kasih kepada pemimpin Cik Putih Hashim dan semua ahli dan anggota Fajar Irama Ghazal Parti, Parit Buntar Perak yang sama-sama menjayakannya.




Ahad, 4 Mei 2014

Ke rumah Cik Putih Hashin

Berkunjung ke rumah Cik Putih Hashim di Parit  Buntar, Perak. Meninjau aktiviti harian Cik Putih di rumah semasa tiada apa-apa persembahan.

Alat-Alat Muzik Ghazal Parti

Antara alat-alat muzik Ghazal Parti

Isnin, 24 September 2012

Muzik Gambus Iringi Ketibaan dan Keberangkatan Balik TYT Tun Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang


Majlis sambutan Hari Jadi TYT Yang Di Pertua Negeri P. Pinang Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah yang berlangsung di Politeknik Seberang Perai. Pemain muzik Ghazal Parti mengiringi ketibaan Tun dan Keberangkatan balik.


Sabtu, 30 Jun 2012

 Persembahan Ghazal Parti Fajar Irama, Parit Buntar di Majlis Perkahwinan di Balai Rakyat Jalan Patani, Pulau Pinang.

Gambar bawah: Pelakon Abu Bakar Juah bergambar bersama sebahagian anggota Kumpulan ghazal parti di akhir persembahan.

Ahad, 15 April 2012

Pak Man Telo, Jaafar Osman dan Ismail Don Dalam Berita Harian


Artikel dalam akhbar Berita Harian 31 Ogos 1977 - Jaafar Ingin Turut Serta Rancangan Tv. Kisah 3 orang pelawak Ghazal Parti Irama Baru, bersama Orkes Dejavanis Hindustani Ghazal Parti Bukit Tengah, Bukit Mertajam. Pak Man Telo dulunya dikenali dengan nama Zainol C atau digelar juga Non Cina dan Ismail Don telah meninggal dunia tidak lama dulu. Kini Jaafar tidak lagi berlawak, tinggal di Jalan Pengkalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam. Beliau bekas kakitangan Pejabat Pos.

Khamis, 5 Januari 2012

Cik Putih Hashim Terima Anugerah Penghargaan

Cik Putih Hashim terima anugerah penghargaan Tokoh Ghazal Parti dari Y.B. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Selasa, 3 Januari 2012

Ghazal Parti di Sambutan 55 Tahun George Town

Sempena Sambutan George Town 55 Tahun yang diadakan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 31 Disember 2011 lepas, Ghazal Parti juga turut diundang membuat persembahan disamping acara-acara kebudayaan dan kesenian lain. 

Persembahan ini dari Kumpulan Ghazal Parti Fajar Irama, Nibong Tebal, Seberang Perai pimpinan Cik Putih Hashim. Pelawak - Chop Misai Kontot. Mereka mempersembahkan sebuah lagu yang berirama padang pasir. 



Sabtu, 24 Disember 2011

Ghazal Parti di Majlis Kenduri anak-anak Omar Hashim (Omara)

Terima kasih kepada Cik Putih Hashim dan saudara Kassim Saidin, tokoh-tokoh Ghazal Parti yang datang bersama anggota kumpulan (Gabungan pemain Fajar Irama Ghazal Parti Nibong Tebal dan Ajinda Ghazal Parti Kepala Batas) menyumbangkan persembahan beberapa buah lagu Ghazal Parti di Majlis Kenduri Kahwin anak-anak saya yang berlangsung pada 10 Disember 2011 di Kompleks Sony, Seberang Jaya, Seberang Perai. Tkasih juga kepada pemuzik dan komposer Zulkipli Omar yang turut bersama - dari saya penulis blog Omar Hashim (Omara).

Foto di atas sumbangan - Pak Wan (Jurugambar bebas dari Sungai Petani, Kedah).


Ahad, 13 November 2011

Putih Hashim Ghazal Parti Suka Berkunjung ke Kedai Muzik

Cik Putih Hashim atau Kak Teh tak puas-puas berkunjung ke kedai peralatan muzik di mana saja untuk menambahkan koleksi alat-alat muzik ghazal partinya. Bukan saja di Pulau Pinang, malah Kak Teh sanggup pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari alat muzik.



Khamis, 10 November 2011

Hassan Putu Mayong

 Terima kasih Cik Nor Faezah kerana menyumbangkan gambar-gambar Allahyarham Pak Hassan Putu Mayong, seorang pelawak Ghazal Parti yang terkenal di tahun 50an hingga 70an dahulu. Nama Hassan Putu Mayong juga memang tidak asing lagi di kalangan pelawak-pelawak di Utara Malaysia suatu ketika dulu. Saya sedang berusaha untuk mendapatkan bahan-bahan dan fakta sejarah hidup arwah.

Khamis, 27 Oktober 2011

Ghazal Parti dari akhbar Sinar Harian

Petikan akhbar Sinar Harian Jumaat, 12 Mac 2010


Sabtu, 22 Oktober 2011

Persembahan Ghazal Parti di Ekspo Beli Barangan Buatan Malaysia pada 21 Oktober 2011 bertempat di Queensbay Pulau Pinang.

Persembahan dari kumpulan Fajar Irama, Ghazal Parti, Parit Buntar, Perak.






Isnin, 17 Oktober 2011

Ghazal Parti di Queensbay P. Pinang 21 Oktober 2011


Saksikan Persembahan Ghazal Parti di Ekspo Beli Barangan Buatan Malaysia pada 21 Oktober 2011 bertempat di Queensbay Pulau Pinang jam 3.30 petang.

Persembahan dari kumpulan Fajar Irama, Ghazal Parti, Parit Buntar, Perak.

Ahad, 9 Oktober 2011

Ajinda Ghazal Parti di Pantai Merdeka Kedah


Gambar :Datuk Mukhriz bin Tun Mahathir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri bersama penonton menyaksikan persembahan ini.

Kumpulan Ajinda Ghazal Parti Kepala Batas, Seberang Perai satu-satunya kumpulan asal dan pertama Ghazal Parti di Malaysia yang ditubuhkan 100 tahun dahulu diundang membuat persembahan di Program Juara Rakyat dan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2011 Parlimen Sg. Petani, Kedah.































Persembahan berlangsung di Pantai Merdeka, Kedah Darul Aman disaksikan ramai penonton termasuk Datuk Mukhriz bin Tun Mahathir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.

Kumpulan Ajinda Ghazal Parti Kepala Batas dibawah pimpinan Encik Kassim Saidin dengan seramai 15 orang pemain muzik, penyanyi dan pelawak.

Banyak lagu-lagu yang didendangkan di majlis ini dan termasuk salah satu lagu berirama padang pasir yang popular Ala baladi el mahboub yang pernah dipopularkan oleh penyanyi yang tidak asing lagi Om kalthoum.

Pelawak terkenal Chik Pak Man Telo dan Chop Misai Kontot turut mempersembahkan jenaka mereka sambil menyanyi dan menari.

Selain penyanyi kumpulan ini Ustaz Majid, Ustaz Halim, Yusof Saidi dan ramai lagi, kumpulan ini juga mengetengahkan seorang penyanyi muda Intan Madura yang menyampaikan lagu-lagu Arab moden dan Melayu.







Gambar Bawah: Penyanyi Ustaz Majid sedang menyanyi dan disebelahnya pelawak Chop Misai Kontot sedang menari.

Khamis, 22 September 2011

Abdul Rahman Alabaladi Minati Irama Ghazal Parti



Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Mohammad. Beliau dilahirkan dalam tahun 1944 di Kampung Delima, Wakaf Baru, Tumpat, Kelantan. Namun beliau lebih dikenali sebagai Abdul Rahman Alabaladi mengambil sempena lagu ‘Alabaladi’ yang pernah satu ketika dahulu dipopularkan oleh seorang penyanyi tersohor dari Mesir iaitu Umi Kalthum. Lagu tersebutlah juga yang sering dipersembahkan oleh Abdul Rahman ketika beliau mengadakan persembahan.


Pada waktu itu Radio Malaysia kawasan Utara menyiarkan rancangan Ghazal Parti Kepala Batas di bawah pimpinan Ustaz Idrus Saidi. Rancangan tersebut menjadi rancangan yang paling diminati oleh Abdul Rahman. Akhirnya Abdul Rahman mencuba nasib datang ke Pulau Pinang kerana ingin berguru dengan Ustaz Idrus Saidi mendalami lagu-lagu berirama Padang Pasir.


Di Pulau Pinang beliau membuat beberapa percubaan untuk menghubungi anggota Ghazal parti Kepala Batas. Niat tulusnya untuk menimba ilmu tidak sia-sia. Beliau akhirnya berjaya juga berguru dengan Ustaz Idrus Saidi yang selama ini hanya dikenalinya melalui corong radio.


Tanpa jemu beliau terus belajar dengan Ustaz Idrus. Hubungan mereka yang semakin rapat hari demi hari akhirnya telah membuat Ustaz Idrus menerima Abdul Rahman untuk menganggotai kumpulan pancaragam Ghazal parti Kepala Batas. Keanggotaan itu membolehkan Abdul Rahman mempelajari muzik dengan lebih mendalam lagi. Beliau bukan sahaja diajar bermain gambus bahkan juga mula diajar untuk bermain seruling, satu intsrumen penting bagi mendendangkan lagu-lagu irama padang pasir.