GHAZAL, persembahan muzik dan nyanyian lagu-lagu Melayu yang bertemakan kasih sayang. Ghazal berasal daripada tradisi muzik Arab yang wujud sejak zaman jahiliah. Dalam bahasa Arab, ghazal bermaksud ‘lagu dan puisi kasih’. Dalam masyarakat Melayu, ghazal mempunyai pelbagai fungsi antaranya sebagai alat hiburan, meraikan upacara berkhatan dan perkahwinan.

Persembahan Ghazal Party

Persembahan Ghazal Party

Rabu, 9 Jun 2010

Persembahan Ghazal Parti Di Rumah Teh Bunga



Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menggesa syarikat swasta mengambil bahagian dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan warisan dengan menyumbang kepada Tabung Warisan Negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, menerusi sumbangan syarikat swasta, kerajaan yakin lebih banyak projek pemuliharaan bangunan warisan serta tuntutan semasa kepada kementerian dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Menurutnya, dengan mewujudkan Tabung Warisan Negara menerusi kerjasama pelbagai pihak, kerajaan akan memperhebatkan usaha menyokong dan menambah tabung itu walaupun kementerian turut menyumbang kepada dana tersebut.

"Bagi menarik lebih ramai penyertaan pihak swasta, kementerian akan meminta kerajaan mempertimbangkan pengecualian cukai kepada mana-mana syarikat yang memberi sumbangan kepada tabung itu berdasarkan jumlah tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan bangunan warisan yang sudah selesai dibaik pulih dikenali sebagai Rumah Teh Bunga di Jalan Hutton di sini hari ini.

Projek konservasi rumah tersebut oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) yang dijalankan selama tiga tahun bermula 22 disember 2008, kini dijadikan sebagai Galeri Warisan Melayu Pulau Pinang.

Rumah Teh Bunga didaftarkan sebagai warisan baru-baru ini. Ia disempurnakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Turut hadir Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara (JWN), Prof Emeritus Datuk Zuraina Majid.

Terima kasih kerana Ghazal Parti Fajar Irama telah diundang membuat persembahan di Majlis ini.

Penyanyi pemimpin: Putih Hashim
Pelawak: Chop Misai Kontot dan Bakar Panjang
Pengurus: Omar Hashim Omara
Gambar atas: Pengarah Warisan Tak Ketara En. Siri Neng Buah turut menyampaikan sebuah lagu berirama padang pasir.