GHAZAL, persembahan muzik dan nyanyian lagu-lagu Melayu yang bertemakan kasih sayang. Ghazal berasal daripada tradisi muzik Arab yang wujud sejak zaman jahiliah. Dalam bahasa Arab, ghazal bermaksud ‘lagu dan puisi kasih’. Dalam masyarakat Melayu, ghazal mempunyai pelbagai fungsi antaranya sebagai alat hiburan, meraikan upacara berkhatan dan perkahwinan.

Persembahan Ghazal Party

Persembahan Ghazal Party

Ahad, 17 Februari 2008

YANG DIKATAKAN GHAZAL PARTI

Persembahan yang sudah luput dari perhatian masyarakat, kesenian ini amat popular di sekitar tahun 40’an sehingga 60’an. Ia menjadi satu budaya yang popular dan satu kemestian bagi masyarakat setempat terutama bila ada majlis keramaian.

Di dalam persembahan ghazal parti ini juga alat alat muzik yang digunakan adalah seperti gambus, violin, akordian, seruling, drum atau rebana. Namun perubahan masa dan juga pengaruh muzik semasa persembahan ghazal parti turut menggunakan alat muzik seperti saxophone, trumpet, marakas, kerincing dan bongo.

Kebanyakkan lagu-lagu yang popular datang dari tanah Arab sendiri dan dinyanyikan dalam bahasa Arab atau ditukar dalam bahasa Melayu. Antara lagu-lagu yang popular ialah seperti “Alabaladi”, “Anawintal Wahdina”, “Ahbabinna”, “Wai Ya", "Ya Gamil", "Istak na ya albi", "ma'al wen telu dan banyak lagi.

Kebanyakkan lagu-lagu Arab yang digemari adalah berima masri dan berbagai lagi. Lagu-lagu persembahan ghazal parti ini kebanyakkannya diambil dari nyanyian penyanyi-penyanyi Timur Tengah yang popular seperti FAIRUZ, OMMU KULTHUM MUHAMMAD ABDUL WAHAB dan juga ABDUL HALIM HAFIZ. Lagu-lagu ada yang berunsur nasihat, semangat bekerja, percintaan dan juga patriotik.

Ketika ghazal parti berada di zaman kemuncaknya, persembahan ini menjadi acara wajib bagi acara keramaian dan juga di majlis-majlis perkahwinan. Dua elemen penting lain yang mewarnai ghazal parti ialah tarian dan lawak jenaka. Pelawak terkenal ketika itu ialah Hassan putu mayong, Din tok arab, Husin kacong dan ramai lagi. Kemunculan mereka sebagai mengisi ruang pemain dan penyanyi berehat. Penari-penari ghazal parti pula disebut masri, yang terdiri dari lelaki berpakaian perempuan. Kemunculan mereka memang dinantikan bila bermula sebuah lagu baru dimainkan. Ramai yang terpesona dengan gaya dan lenggok keindahan tarian mereka mengikut irama padang pasir.

Gambar dari atas ialah: Muhammad Abdul Wahab, Ommu Khulthum dan Fairuz. Lain-lain ialah antara alat-alat muzik yang digunakan untuk persembahan ghazal parti.

Sabtu, 9 Februari 2008

GHAZAL PARTI SUNGAI BAKAU MUNCUL KEMBALI

“Putih Hashim tidak dapat duduk diam tanpa ghazal parti. Dari muda hinggalah sekarang, dia masih sayangkan ghazal parti. Semasa berkunjung ke rumahnya di Parit Buntar, Perak, saya dapati banyak sekali peralatan muzik ghazal parti disimpan di rumahnya. Semuanya dijaga dengan baik. Malah beliau yang membahasakan dirinya ‘Kak Teh’ memberitahu, hingga sekarang dia masih lagi mahu menambah bilangan alat-alat muzik ghazal parti untuk simpanannya.

Biola sudah serasi dengannya. Jika ada undangan, samada dalam persembahan ghazal parti, muzik asli dan sebagainya, Kak Teh tetap menjinjing biola kesayangannya ke majlis tersebut.”

Sebut saja Kumpulan Ghazal Parti Sungai Bakau, ramai orang tahu. Di penghujung tahun '60an hingga 70'an, Ghazal Parti Sungai Bakau memang cukup popular.

Sebenarnya kumpulan yang tidak asing lagi di Utara Malaysia ini tempatnya ialah di Sg. Bakau, Parit Buntar, Perak. Dipimpin oleh Putih Hashim seorang pemain biola dan penyanyi lagu-lagu berirama padang pasir.

Di majlis-majlis perkahwinan ketika itu tidak lengkap sekiranya tiada persembahan ghazal parti. Tentu ada yang masih ingat lagi penyanyi - Mat Isa Din, pelawak Harun Kastila, Daud Bujang dan juga beberapa orang penarinya.

Patah tumbuh hilang berganti, begitulah kata pepatah melayu. Kemunculan ghazal parti moden dengan lagu-lagu hindustani dan pop akhirnya telah menenggelamkan kumpulan-kumpulan ghazal parti ala arab yang lebih mengutamakan lagu-lagu berirama padang pasir. Ghazal Parti Sg. Bakau juga turut lenyap.

Kumpulan ghazal parti moden tidak tahan lama. Selepas itu boleh dikatakan tidak ada lagi ghazal parti di utara. Sehinggalah Putih Hashim yang juga turut menyepi akhirnya tergerak hatinya menghidupkan kembali kumpulan ghazal partinya iaitu Ghazal Parti Sungai Bakau. Mat Isa Din telah meninggal dunia, Harun Kastila dan rakannya tidak berlawak lagi.

Putih Hashim telah menyusun kembali beberapa orang lama dan baru untuk menjayakan persembahannya. 'Fajar Irama Ghazal Parti' menggantikan nama dulunya 'Cahaya Mata Ghazal Parti'. Tapi ramai yang lebih senang memanggil kumpulan ini dengan nama Ghazal Parti Sg. Bakau.

Dapatkah Ghazal Parti Sungai Bakau terus bertahan? Kak Teh tetap yakin dan dia bercadang hendak membesarkan lagi kumpulannya hingga menjadi sebuah orkestra.

Selasa, 5 Februari 2008

GHAZAL PARTI KAMPUNG PISANG







Kumpulan Ghazal Parti Nurul Amar, Alor Setar, Kedah ataupun lebih dikenali dengan nama ghazal Parti Kampung Pisang telah membuat rakaman album dalam bentuk kasset dengan syarikat Rakaman Omara Production dari Pulau Pinang Kumpulan ini telah merakamkan dua buah album dalam tahun 1995 dan 1997 lalu. Album pertama berkonsepkan irama padang pasir dan album ke dua pula irama hindustani.

Antara lagu-lagu dalam album berkonsepkan irama padang pasir ialah - 1. Selingan - Lembah Sungai Nil 2. Akhal Hawa 3. Jiran Tetangga. 4. Ahyazin. 5. Alawarilwad 6. Alain 7. Illi Saad. Saal Tithaiyina. 8. Cinta. 9. Negara Malaysia 10. Sendirian Penyanyi: - Puziah Harun, Juriah Taib, Bahijah Ahmad, Ahmad Abbas (telah meninggal) dan Rohana Nayan


Gambar kulit kasset dan sekitar rakaman semasa di studio.


Jumaat, 1 Februari 2008

GHAZAL PARTI DI RTM1 ANGKASAPURI

Kumpulan Ajinda Ghazal Parti Kepala Batas telah muncul dalam rancangan Harmoni Malaysia RTM1 di Angkasapuri. Setelah tiga puluh tahun menyepi, kini Ajinda Ghazal Parti Kepala Batas muncul kembali. Kassim pemain akordian bertindak sebagai pemimpin. Kini hanya tinggal Kassim seorang pemain asal kumpulan ini sewaktu zaman kegemilangannya dulu. Putih Hashim dari Ghazal Parti Sungai Bakau turut bersama sebagai pemain biola. Orang lama dari Yan iaitu Ustaz Halim turut bermain flute dan menyanyi. Ghozali dari Bandar Baru, Kedah menyanyi lagu-lagu hindi. Pelawak Chop (Pak Kojek) ataupun gelarannya dalam ghazal parti 'Chop misai kontot" dan Bakar Renjong.

Persembahan kumpulan ini di tv hasil usaha Omar M. Hashim (OMARA) penyusun blog ini yang turut bermain tamborin. Pelakon dan pelawak terkenal Imuda bersama-sama Kumpulan Ghazal Parti sepanjang rakaman sambil memberikan beberapa idea yang menarik.

Antara lagu-lagu yang dimainkan ialah 'Ana Winta' nyanyian Ustaz Halim sambil bermain flute. Ghazali pula mendendangkan sebuah lagu hindustani yang dipetik dari filem Sangam. Yusof Saidi menyanyikan lagu 50 Tahun Merdeka yang liriknya ditulis oleh Omar M. Hashim (OMARA) sempena menyambut 50 tahun Malaysia merdeka.





























LAGU LAGU GHAZAL PARTI

Lagu-lagu Ghazal Parti juga pernah diterbitkan dalam bentuk kasset. Tapi saya tidak setuju kerana gambar kulitnya dimasukkan gambar Fadzil Ahmad bermain gambus. Sebenarnya Fadzil Ahmad terkenal sebagai pemain gambus ghazal johor. Dengar khabar, penerbit album ini tidak yakin dengan gambar kumpulan ghazal parti utara, kononnya tidak diketahui ramai.
IRAMA GHAZAL PARTI UTARA MALAYSIA (VOL. 2)
1) Hubbikya 2) Ahbabina 3) Instrumental – Arab Classic 1 4) Ahyazin 5) Panduan Islam 6) Instrumental – Arab Classic 2 7) Bangunlah 8) Instrumental – Arab Classic 3 9) Ulu Li 10) Habbina Bakdina 11) Instrumental – Arab Classic 4 12) Binti Salabiah

IRAMA GHAZAL PARTI UTARA MALAYSIA (VOL. 3)

1) A’la Illimaladi 2) Instrumental – Arab Classic 5 3) Addil Amanah 4) Ya Farhatin 5) Instrumental – Lembah Sungai Nil 6) Alabaladi 7) Akhlak Mulia 8) Ramadhan Bulan Mulia 9) Instrumental – Arab Classic 6 10) Anawintal Wahdina 11) Instrumental – Al Yaum 12) Mabruk A’laik

NOSTALGIA GHAZAL PARTI

AJINDA GHAZAL PARTI KEPALA BATAS
Ajinda Ghazal Parti Kepala Batas dibawah pimpinan Idrus Saidi. Terkenal dengan pelawaknya Hasan Putu Mayong dan Husin Kachong, Kedua-duanya telah meninggal dunia. Penyanyi yang tidak asing lagi ialah Ustaz Khalid Hassan iaitu abang kepada penyanyi Ahmadi Hassan. Ustaz Khalid telah meninggal. Selain itu Jamaluddin Amini. Pemain gambus Pak Ngah Che Man juga telah meninggal dunia.


CAHAYA MATA GHAZAL PARTI SUNGAI BAKAU
Dibawah pimpinan Putih Hashim. Penyanyinya terdiri dari Putih Hashim sendiri, Mat Isa Din (telah meninggal) dan Habsah  (kini tinggal di Nibong Tebal, Seberang Perai). Pelawak pula ialah Harun Kastila, Azman Bujang, Daud Bujang (baru meninggal dunia) dan pernah juga disertai oleh pelawak yang tidak asing lagi Hassan Putu Mayong (telah meninggal).

Gambar: persembahan di sebuah rumah kenduri di Parit Tebok Jawa, 
Jalan Sempadan, Parit Buntar, Perak. Sebahagian anggota kumpulan 
bergambar dengan peminat. Lain-lain gambar persembahan ghazal parti di tempat yang sama.

GHAZAL PARTI YAN
Ghazal Parti Yan pula terkenal dengan pelawaknya Mat Saad Bubur Kacang ( kini berniaga di gerai Pantai Murni, Yan).

GHAZAL PARTI CHANDINI
Ghazal Parti Chandini Batu Lima, Sik terkenal dengan irama hindustan dibawah pimpinan Hamid Khan.

GHAZAL PARTI SEBERANG KAMPONG BARU
Kumpulan Ghazal Parti Seberang Kampong baru Kuala Kedah ditubuhkanpada tahun 1955 oleh sekumpulan anak muda belasan tahun di kawasan itu yang di ketuai oleh En.Mohamad bin Awang. Darai iatu penari lelaki yang berpakaian perempuan diaksikan oleh Din bin Mohd Diah (Din Mat Diah) manakala Ramli Bin Othman dan Abdullah bin Din atau Pak Lah India (sudah meninggal) memegang peranan sebagai pelawak.


IRAMA BARU GHAZAL PARTI BUKIT TENGAH DAN DEEJAVANIS HINDUSTANI GHAZAL PARTI P. PINANG

Selepas kumpulan-kumpulan ghazal parti irama padang pasir mula menyepi di penghujung tahun 70'an muncul pula kumpulan ghazal parti yang agak moden coraknya. Di Jalan Pengkalan, Bukit Tengah lahir Irama Baru Ghazal Parti dibawah pimpinan Yaakob Salih. Untuk memantapkan lagi persembahan, mereka bergabung pula dengan Kumpulan Deejavanis Hindustani Parti dari Pulau Pinang. Pengaracara - Mansur Darus (telah meninggal), pelawak - Harun Kastila, Ismail Don (meninggal) dan Jaafar Osman.
Selepas itu masuk pula pelawak Pak Man Telo dan Deris Cabai Kering. Penyanyi - Preem Kamal, Dildar Singh Gill, A.K. Abdullah, A. Kareem, Z. Mohammad (bekas penyanyi D'Latinos), Mayati Hasnah dan ramai lagi. Juga beberapa orang penari (lelaki berpakaian perempuan) yang jelita. Lagu-lagu utama mereka ialah lagu hindustan disamping beberapa lagu-lagu melayu dan dangdut semasa. Gambar: Pelawak Pak Man Telo (meninggal) dengan Kesavan Pulusamy kini pemain flute terkenal di Kuala Lumpur.


LAGU LAGU ARAB

Antara lagu-lagu Arab yang sering dimainkan oleh kumpulan-kumpulan ghazal parti ialah lagu-lagu seperti "wai Ya", "Ya Gamil", "Istak na ya albi", "ma'al wen telu", “Anna Winta” dan banyak lagi.

...Ya gamil ya gamil li ya gami, A'la hubbak ba li dalil, manakhayyir albi min, yam hayyar albi ma'ad, yam gharrir, fikriwarad,khaifla bu' ti huad....
.