GHAZAL, persembahan muzik dan nyanyian lagu-lagu Melayu yang bertemakan kasih sayang. Ghazal berasal daripada tradisi muzik Arab yang wujud sejak zaman jahiliah. Dalam bahasa Arab, ghazal bermaksud ‘lagu dan puisi kasih’. Dalam masyarakat Melayu, ghazal mempunyai pelbagai fungsi antaranya sebagai alat hiburan, meraikan upacara berkhatan dan perkahwinan.

Cik Putih Hashim Lagenda Ghazal Parti

Ghazal Parti Persembahan Lengkap

Ahad, 28 Februari 2010

Biodata Jimah Chin atau Putih Hashim Ghazal Parti





Namanya Jimah binti Chin dan mendapat gelaran Putih Hashim sejak dari kecilnya lagi.

Lahir tahun 1947 di Sungai Bakau, Parit Buntar, Perak

Belajar di Sekolah Agama Sungai Acheh, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, P. Pinang

Mula berkecimpung dalam muzik kumpulan nasyid dengan bermain violin sejak usia 13 tahun.

Masa berumur 20 Tahun (1967) menjadi pembantu pemimpin kepada Kumpulan Cahaya Mata Ghazal Parti Sungai Bakau dibawah pimpinan Sabran Affendi

Tahun 1972 menubuhkan Kumpulan Ghazal Parti Sinaran Bulan dan akhirnya dikenali dengan nama Fajar Irama Ghazal Parti hingga sekarang

Ahli-ahli ghazal parti tinggal di Pulau Pinang dan Perak

Boleh bermain banyak alat-alat muzik ghazal parti, antaranya ialah : Violin, Gambus (aud), Akordian, Flute, Dubble Bass dan lain-lain lagi

Pernah buat persembahan di negeri Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila berpeluang menyanyi, bermain violin dan buat persembahan ghazal parti bersama-sama ahli kumpulannya di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sempena peristiharan George Town dan Melaka Bandar Warisan Dunia pada November 2008.

Berkebolehan menyanyi – Lagu-lagu Arab dan Melayu

Ahli-ahli Kumpulan Ghazal Parti terdiri dari 16 orang termasuk pemuzik, penyanyi, penari dan pelawak

Terus memperjuangkan seni warisan Ghazal Parti dari zaman kanak-kanak hinggala sekarang

Beliau tidak pernah berkahwin hingga sekarang, tinggal seorang diri di sebuah rumah sewa yang uzur. Jika tiada persembahan dan latihan ghazal parti, setiap hari Jimah akan pergi ke sungai untuk memancing. Semasa muda dia pernah menjadi pemandu teksi.

2 ulasan:

Azlan Ramli berkata...

Syabas! Saya sangat hormati usaha saudara Omar di dalam mengabadikan salah satu seni budaya kita. Tak ramai orang yang meluangkan masa dan usaha untuk perkara-perkara seperti ini. Kita perlukan lebih ramai lagi orang seperti Sdr Omar.

Biarlah apa orang lain kata, Ghazal Pati sudah sebati dengan masyarakat yang mengamalkannya dan adalah sebahagian dari identitinya.

Kawan saya, seorang rakyat Arab Saudi dari Jeddah telah mendengar nyanyian lagu Arab "Anawinta" (maafkan saya kalau ejaan tak betul) mengatakan maksudnya adalah "Aku dan Engkau" (Ana dan Anta), dan nyanyian tersebut adalah mengikut dialek Mesir (Egypt).

Sekali, lagi, saya ucapkan syabas kepada Sdr. Omar. Teruskan usaha anda!

AZLAN.
azlanramli@gmail.com

Unknown berkata...

Saya berusia 5 tahun sewaktu tinggal di Sg. Bakau. Tempat yg sentiasa dlm lipatan kenangan terindah zaman kanak-kanak.