GHAZAL, persembahan muzik dan nyanyian lagu-lagu Melayu yang bertemakan kasih sayang. Ghazal berasal daripada tradisi muzik Arab yang wujud sejak zaman jahiliah. Dalam bahasa Arab, ghazal bermaksud ‘lagu dan puisi kasih’. Dalam masyarakat Melayu, ghazal mempunyai pelbagai fungsi antaranya sebagai alat hiburan, meraikan upacara berkhatan dan perkahwinan.

Cik Putih Hashim Lagenda Ghazal Parti

Ghazal Parti Persembahan Lengkap

Isnin, 28 September 2009

Ghazal Parti di Halaman Rumah Putih Hashim Parit Buntar






Usaha Putih Hashim mengadakan pementasan khas Ghazal Parti di perkarangan rumahnya di Parit Buntar, Perak patutlah dipuji. Kak Teh yang sepanjang hidupnya tidak pernah melupakan seni warisan ghazal parti ini berjaya menarik begitu ramai penonton dari berbilang kaum kerana ianya diadakan di tepi sebatang jalan (Jalan Abd. Raof), Parit Buntar di kawasan bandar yang ramai orang lalu lalang di situ.

Ramai pemain yang terlibat, tidak seperti biasa kali ini menampilkan tiga orang pemain biola termasuk beliau sendiri sebagai pemimpin Fajar Irama Ghazal Parti Sungai Bakau, dua orang pemain akordian dan beberapa alat muzik lain. Ahli-ahli Ghazal Parti dari Trolak, Perak Selatan juga turut bersama. Persembahan itu juga sempena meraikan anak jirannya yang menyambut hari jadi di situ.

Ketika persembahan baru bermula, sedangkan penonton riuh ketawa dengan jenaka pelawak-pelawak ghazal parti dan undangan khas pelawak Chik (Salah seorang pelawak Pak Man Telo) yang juga pelakon filem dan drama tv, dan ketika penari-penari sedang menghiburkan penonton dengan tarian mengikut irama persembahan tiba-tiba pengacara meminta pelawak hentikan babak jenaka mereka secara mengejut. Pengacara juga gagal memperkenalkan barisan pelawak yang merupakan acara wajib dalam satu-satu persembahan Ghazal Parti ini.

Pengacara, pelawak dan penari seperti berasingan. Beliau kelihatan tidak peka terhadap persembahan malam itu. Nyanyian kerap dari pengacara dan pemilihan beberapa lagu biasa terutama lagu P. Ramlee dan Saloma telah menukarkan mood persembahan malam itu dari Ghazal Parti kepada persembahan Malam Pancaragam Kampung. Pelawak Chop Misai Kontot dan Chik Pak Man Telo telah meninggalkan majlis lebih awal dari yang dijangkakan dan diikuti juga oleh penari-penari pada malam itu.

Perlu diingatkan, persembahan sebenar Ghazal Parti ialah gabungan Pemuzik, Penyanyi, Penari dan Pelawak. 80% lagu-lagunya mestilah berirama padang pasir (Arab dan masri). Ghazal Parti adalah satu persembahan 'tanpa henti' (non stop) yang akan diselang selikan dengan telatah lucu lawak jenaka. Saya yang bertanggung jawab membawa kumpulan pelawak pulang awal bersama-sama kerana mendapati persembahan ini sudah menjadi persembahan pancaragam sahaja. Saya minta ampun dan maaf kepada Kak Teh (Putih Hashim) kerana saya seorang pejuang seni warisan Ghazal Parti yang bertanggung jawab melihat sebuah persembahan yang sebenar. Saya tidak berniat merosakkan majlis tersebut yang telah diusahakan susah payah oleh beliau ini.

4 ulasan:

M.I.Ariffin berkata...

Saya ikut Cop Misai Kontot dan Cik Pak Man Telo dlm satu kereta dipandu Omara ingat nak duduk bersila tengok Ghazal sampai habis terpaksa angkat pungkok ikut mereka balik awal kerana terasa jemu tengok juruacara majlis monopoly nyanyian sola dan duet. Pitching lari , mikropon berdesing kerana dekat sangat mulut penyanyi. Baru nak berjinak dgn Ghazal saya rasa kecewa. Tengah sedap dengan jenaka Cik dan Cop, dihentikan. Ustad depa yang tak reti buat lawakpun tak segan tompang sekaki dengan lawak tak sinkronise dgn dua orang pelawak professional . Mrk datang nak menyokong show tapi pengacara kacau daun nak buat show dia sendiri, dan berduet secara gilir2 dgn penyanyi wanita yang lari pitching (sumbang & pecah suara) sudah bertukar corak. Kesian Cik Puteh, dan pemuzik2 dbpnya bila show disabo si juruacara yang syok sendiri. Hampeh!

M.I.Ariffin berkata...

Next time cik putih tak payah guna pengacara yang buta seni. Memadai seorang dua badut yang celek seni warisan itu acarakan show selangseli dgn nyanyian dan jenaka. Nama cik Putih sbg peminpan Ghazal Parti pun dia terlupa nak pekenalkan pada awal perembahan apatahlah pelawak2 yang cik Putih undang. Kok dia tak kenal tanyalah siapa mereka dan perkenalkanlah mereka. Mrk dtg nak perhidupkan seni, apatah lagi dihadiri oleh pelajar Polyteknik Perlis yang baru nak kenal apa itu ghazal parti. Namun sekalung tahniah kepada penari2 gelek, yang sungguh dedikasi memeriahkan suasana. Dan terima kasih kepada individu yang sponsor show atas nama sambutan harijadi anaknya. Kerana dia yang ongkoso, maaf kata, barangkali demikianlah yg dia kehendaki.

elsedaka berkata...

Saya adalah peminat seni Ghazal Parti sejak dari kecil lagi kerana ayah saya adalah seorang penyanyi dan pemain muzik Ghazal Parti yang
tidak asing lagi iaitu Ustaz Hj Yusoff Saidi. Saya sering mengikuti perkembangan seni Ghazal parti ini dari masa ke semasa.Rasanya seni yang amat diminati oleh sebahagian besar orang Utara ini akan berkubur suatu hari nanti jika tidak ada usaha tertentu untuk mengekalkannya dan memperkenalkan kepada generasi baru.Oleh itu pihak berwajib seperti Kementerian Kebudayana dan Kesenian kena berbuat sesuatu sebelum terlambat. Contohnya berusaha merakamkan nyanyian ayah saya bagi pendengaran generasi kini.Kalau ada penyanyi baru yang boleh nyanyi macam ayah saya cubalah bagi satu contoh.Kenapa beliau tak rakam sendiri? Beliau adalah pejuang seni sejati takkan terhegeh2 mencari,tapi kalau ada yang mau dia takkan menolak. terima kasih

elsedaka berkata...

Persembahan Ghazal Parti memang tak boleh dicampuraduk dengan lain-lain persembahan selagi tidak habis persembahan Ghazal itu sendiri. Kalau tidak akan "Potong Stim" kepada peminat yang hadir kerana hendak melihat persembahan ghazal tersebut. Saya faham kekecewaan saudara M.I Ariffin dan Pak Cik Omara.Kalau ada tukang sibuk memang la payah cerita.Nak buat macam mana dia tak paham2 jugak.kah kah kah.