Persembahan Ghazal Parti turut menyerikan sambutan ulang tahun ke 2, George Town Bandar Warisan Dunia atau George Town Festival 2010 yang diadakan sepanjang bulan Julai di Pulau Pinang.
Pada 4 Julai, Fajar Irama Ghazal Parti telah diundang buat persembahan bertempat di Rumah Teh Bunga (Bakal Muzium Melayu) di Jalan Hatin, Pulau Pinang dan pada 7 Julai pula sekali lagi buat persembahan di Lebuh Acheh, George Town.
Sepanjang persembahan, kelihatan penonton-penonton ramai yang berpuas hati dan tertarik dengan keunikan persembahan seni warisan yang jarang-jarang diadakan ini. Ramai muda dan tua yang mengambil kesempatan merakamkan persembahan Ghazal Parti dengan handphone dan kamera masing-masing. Ini menunjukkan bentuk seni hiburan seperti ini mendapat tempat di kalangan masyarakat kita dan juga pelancong.
Atas: Foto oleh: Omar Hashim Omara
Bawah: Foto oleh: Pak Wan