Haminah bt. Hamid, penyanyi dan pemain marakas Ghazal Parti Sungai Bakau telah kembali ke Rahmatullah pada 9hb. April, 2008. Jenazahnya telah selamat disemadikan di Sungai Bakau pada 10hb. April 2008. Sebelum ini arwah telah menerima rawatan selama sebulan di Hospital Taiping, Perak kerana sakit. Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya.
Saya telah menziarahi jenazahnya di Sungai Bakau setelah mendapat panggilan telefon dari Kak Teh (Putih Hashim) pemimpin Ghazal Parti Sungai Bakau.
- OMARA P. Pinang - 10 April 2008
Saya telah menziarahi jenazahnya di Sungai Bakau setelah mendapat panggilan telefon dari Kak Teh (Putih Hashim) pemimpin Ghazal Parti Sungai Bakau.
- OMARA P. Pinang - 10 April 2008