GHAZAL, persembahan muzik dan nyanyian lagu-lagu Melayu yang bertemakan kasih sayang. Ghazal berasal daripada tradisi muzik Arab yang wujud sejak zaman jahiliah. Dalam bahasa Arab, ghazal bermaksud ‘lagu dan puisi kasih’. Dalam masyarakat Melayu, ghazal mempunyai pelbagai fungsi antaranya sebagai alat hiburan, meraikan upacara berkhatan dan perkahwinan.

Cik Putih Hashim Lagenda Ghazal Parti

Ghazal Parti Persembahan Lengkap

Ahad, 17 Februari 2008

YANG DIKATAKAN GHAZAL PARTI

Persembahan yang sudah luput dari perhatian masyarakat, kesenian ini amat popular di sekitar tahun 40’an sehingga 60’an. Ia menjadi satu budaya yang popular dan satu kemestian bagi masyarakat setempat terutama bila ada majlis keramaian.

Di dalam persembahan ghazal parti ini juga alat alat muzik yang digunakan adalah seperti gambus, violin, akordian, seruling, drum atau rebana. Namun perubahan masa dan juga pengaruh muzik semasa persembahan ghazal parti turut menggunakan alat muzik seperti saxophone, trumpet, marakas, kerincing dan bongo.

Kebanyakkan lagu-lagu yang popular datang dari tanah Arab sendiri dan dinyanyikan dalam bahasa Arab atau ditukar dalam bahasa Melayu. Antara lagu-lagu yang popular ialah seperti “Alabaladi”, “Anawintal Wahdina”, “Ahbabinna”, “Wai Ya", "Ya Gamil", "Istak na ya albi", "ma'al wen telu dan banyak lagi.

Kebanyakkan lagu-lagu Arab yang digemari adalah berima masri dan berbagai lagi. Lagu-lagu persembahan ghazal parti ini kebanyakkannya diambil dari nyanyian penyanyi-penyanyi Timur Tengah yang popular seperti FAIRUZ, OMMU KULTHUM MUHAMMAD ABDUL WAHAB dan juga ABDUL HALIM HAFIZ. Lagu-lagu ada yang berunsur nasihat, semangat bekerja, percintaan dan juga patriotik.

Ketika ghazal parti berada di zaman kemuncaknya, persembahan ini menjadi acara wajib bagi acara keramaian dan juga di majlis-majlis perkahwinan. Dua elemen penting lain yang mewarnai ghazal parti ialah tarian dan lawak jenaka. Pelawak terkenal ketika itu ialah Hassan putu mayong, Din tok arab, Husin kacong dan ramai lagi. Kemunculan mereka sebagai mengisi ruang pemain dan penyanyi berehat. Penari-penari ghazal parti pula disebut masri, yang terdiri dari lelaki berpakaian perempuan. Kemunculan mereka memang dinantikan bila bermula sebuah lagu baru dimainkan. Ramai yang terpesona dengan gaya dan lenggok keindahan tarian mereka mengikut irama padang pasir.

Gambar dari atas ialah: Muhammad Abdul Wahab, Ommu Khulthum dan Fairuz. Lain-lain ialah antara alat-alat muzik yang digunakan untuk persembahan ghazal parti.

1 ulasan:

kaseh berkata...

Informasi yang menarik, tidak banyak maklumat yang boleh diperolehi di Malaysia. saya sungguh tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ghazal parti, bagaimanakah caranya atau bolehkah saya bertanya terus kepada OMARA melalui blog ini?
terima kasih
Kaseh,Kuala Lumpur