Seni Warisan Ghazal Parti masih hidup di Pulau Pinang. Antara kami dari Kumpulan Fajar Irama Ghazal Parti, Nibong Tebal, Seberang Perai buat persembahan kembali selepas endemik. |
Cik Putih Hashim Lagenda Ghazal Parti
Ghazal Parti Persembahan Lengkap
Jumaat, 13 Mei 2022
Ghazal Parti kembali pulih balik di waktu endemik
Jumaat, 15 Januari 2021
Persembahan Ghazal Parti di Majlis Perkahwinan
Satu Persembahan Ghazal Parti di Majlis Perkahwinan.Berlangsung di sebuah hotel Pulau Pinang.
Khamis, 8 Oktober 2020
Ghazal Parti Selesai Shooting Tv
Kumpulan Ghazal Parti Fajar Irama Nibong Tebal selesai buat pengambaran untuk dokumentari Tv di Rumah Teh Bunga, Jalan Hatin, Pulau Pinang baru-baru ini.
Jumaat, 24 April 2020
Zaman Kegemilangan Ghazal Parti
Ini salah satu lagi kumpulan ghazal parti yang menjadi pesaing kepada Ajinda Ghazal Parti Kepala Batas iaitu Seri Sinaran Bulan Ghazal Parti Sungai Bakau, Parit Buntar Perak. Pernah juga bertukar nama kepada Cahaya Mata Ghazal Parti Sungai Bakau dan kini dikenali sebagai Fajar Irama Ghazal Parti dibawah pimpinan Cik Putih Hashim. Pelawak pada zaman kegemilangan itu ialah Harun Kastila, Daud Bujang dan juga Hassan Putu Mayong.
Selasa, 3 September 2019
Selasa, 1 Mac 2016
DE JAWANIS HINDUSTANI GHAZAL PARTI
Ahad, 26 Oktober 2014
Ghazal Parti dalam Orang Kita Tv1 RTM
Terima kasih Penerbit Saliza Ibrahim yang telah berusaha membuat pengambaran dan penerbitan dokumentari ini. Sekurang-kurangnya seni warisan Ghazal Parti yang berasal dari Negeri Pulau Pinang ini dapat diketengahkan kepada orang ramai.
Saya, seorang penggiat seni yang diberi kepercayaan membantu dari sebelum hingga selesai penerbitan ini rasa terharu dan gembira kerana inilah salah satu caranya warisan seni ini kita martabatkan di persada seni tanahair.
Terima kasih kepada pemimpin Cik Putih Hashim dan semua ahli dan anggota Fajar Irama Ghazal Parti, Parit Buntar Perak yang sama-sama menjayakannya.
Ahad, 4 Mei 2014
Ke rumah Cik Putih Hashin
Isnin, 24 September 2012
Muzik Gambus Iringi Ketibaan dan Keberangkatan Balik TYT Tun Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang
Majlis sambutan Hari Jadi TYT Yang Di Pertua Negeri P. Pinang Peringkat Daerah Seberang Perai Tengah yang berlangsung di Politeknik Seberang Perai. Pemain muzik Ghazal Parti mengiringi ketibaan Tun dan Keberangkatan balik.
Sabtu, 30 Jun 2012
Ahad, 15 April 2012
Pak Man Telo, Jaafar Osman dan Ismail Don Dalam Berita Harian
Artikel dalam akhbar Berita Harian 31 Ogos 1977 - Jaafar Ingin Turut Serta Rancangan Tv. Kisah 3 orang pelawak Ghazal Parti Irama Baru, bersama Orkes Dejavanis Hindustani Ghazal Parti Bukit Tengah, Bukit Mertajam. Pak Man Telo dulunya dikenali dengan nama Zainol C atau digelar juga Non Cina dan Ismail Don telah meninggal dunia tidak lama dulu. Kini Jaafar tidak lagi berlawak, tinggal di Jalan Pengkalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam. Beliau bekas kakitangan Pejabat Pos.
Khamis, 5 Januari 2012
Cik Putih Hashim Terima Anugerah Penghargaan
Selasa, 3 Januari 2012
Ghazal Parti di Sambutan 55 Tahun George Town
Sabtu, 24 Disember 2011
Ghazal Parti di Majlis Kenduri anak-anak Omar Hashim (Omara)
Foto di atas sumbangan - Pak Wan (Jurugambar bebas dari Sungai Petani, Kedah).
Ahad, 13 November 2011
Putih Hashim Ghazal Parti Suka Berkunjung ke Kedai Muzik
Khamis, 10 November 2011
Hassan Putu Mayong
Khamis, 27 Oktober 2011
Sabtu, 22 Oktober 2011
Isnin, 17 Oktober 2011
Ghazal Parti di Queensbay P. Pinang 21 Oktober 2011
Saksikan Persembahan Ghazal Parti di Ekspo Beli Barangan Buatan Malaysia pada 21 Oktober 2011 bertempat di Queensbay Pulau Pinang jam 3.30 petang.
Persembahan dari kumpulan Fajar Irama, Ghazal Parti, Parit Buntar, Perak.
Ahad, 9 Oktober 2011
Ajinda Ghazal Parti di Pantai Merdeka Kedah
Gambar :Datuk Mukhriz bin Tun Mahathir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri bersama penonton menyaksikan persembahan ini. |
Kumpulan Ajinda Ghazal Parti Kepala Batas, Seberang Perai satu-satunya kumpulan asal dan pertama Ghazal Parti di Malaysia yang ditubuhkan 100 tahun dahulu diundang membuat persembahan di Program Juara Rakyat dan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2011 Parlimen Sg. Petani, Kedah.
Persembahan berlangsung di Pantai Merdeka, Kedah Darul Aman disaksikan ramai penonton termasuk Datuk Mukhriz bin Tun Mahathir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri.
Kumpulan Ajinda Ghazal Parti Kepala Batas dibawah pimpinan Encik Kassim Saidin dengan seramai 15 orang pemain muzik, penyanyi dan pelawak.
Banyak lagu-lagu yang didendangkan di majlis ini dan termasuk salah satu lagu berirama padang pasir yang popular Ala baladi el mahboub yang pernah dipopularkan oleh penyanyi yang tidak asing lagi Om kalthoum.
Pelawak terkenal Chik Pak Man Telo dan Chop Misai Kontot turut mempersembahkan jenaka mereka sambil menyanyi dan menari.
Selain penyanyi kumpulan ini Ustaz Majid, Ustaz Halim, Yusof Saidi dan ramai lagi, kumpulan ini juga mengetengahkan seorang penyanyi muda Intan Madura yang menyampaikan lagu-lagu Arab moden dan Melayu.
Gambar Bawah: Penyanyi Ustaz Majid sedang menyanyi dan disebelahnya pelawak Chop Misai Kontot sedang menari.
Khamis, 22 September 2011
Abdul Rahman Alabaladi Minati Irama Ghazal Parti
Nama sebenarnya ialah Abdul Rahman bin Mohammad. Beliau dilahirkan dalam tahun 1944 di Kampung Delima, Wakaf Baru, Tumpat, Kelantan. Namun beliau lebih dikenali sebagai Abdul Rahman Alabaladi mengambil sempena lagu ‘Alabaladi’ yang pernah satu ketika dahulu dipopularkan oleh seorang penyanyi tersohor dari Mesir iaitu Umi Kalthum. Lagu tersebutlah juga yang sering dipersembahkan oleh Abdul Rahman ketika beliau mengadakan persembahan.
Pada waktu itu Radio Malaysia kawasan Utara menyiarkan rancangan Ghazal Parti Kepala Batas di bawah pimpinan Ustaz Idrus Saidi. Rancangan tersebut menjadi rancangan yang paling diminati oleh Abdul Rahman. Akhirnya Abdul Rahman mencuba nasib datang ke Pulau Pinang kerana ingin berguru dengan Ustaz Idrus Saidi mendalami lagu-lagu berirama Padang Pasir.
Di Pulau Pinang beliau membuat beberapa percubaan untuk menghubungi anggota Ghazal parti Kepala Batas. Niat tulusnya untuk menimba ilmu tidak sia-sia. Beliau akhirnya berjaya juga berguru dengan Ustaz Idrus Saidi yang selama ini hanya dikenalinya melalui corong radio.
Tanpa jemu beliau terus belajar dengan Ustaz Idrus. Hubungan mereka yang semakin rapat hari demi hari akhirnya telah membuat Ustaz Idrus menerima Abdul Rahman untuk menganggotai kumpulan pancaragam Ghazal parti Kepala Batas. Keanggotaan itu membolehkan Abdul Rahman mempelajari muzik dengan lebih mendalam lagi. Beliau bukan sahaja diajar bermain gambus bahkan juga mula diajar untuk bermain seruling, satu intsrumen penting bagi mendendangkan lagu-lagu irama padang pasir.