Gambar oleh Omar M. Hashim (OMARA). Jika anda ada gambar-gambar lain persembahan Ghazal Parti sila hantar ke email: omara353535@hotmail.com
Gambar oleh Omar M. Hashim (OMARA). Jika anda ada gambar-gambar lain persembahan Ghazal Parti sila hantar ke email: omara353535@hotmail.com 

Gabungan persembahan ghazal parti Kepala Batas dan ghazal parti Sungai Bakau akan mengadakan persembahan jam 9.00 malam 3hb. Jun 2008 di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Seberang Perai.
Bukan senang nak tengok persembahan ghazal parti secara lengkap iaitu Pemuzik, Penyanyi, Pelawak dan Penari. Pakat mai ramai-ramai....
Haminah bt. Hamid, penyanyi dan pemain marakas Ghazal Parti Sungai Bakau telah kembali ke Rahmatullah pada 9hb. April, 2008. Jenazahnya telah selamat disemadikan di Sungai Bakau pada 10hb. April 2008. Sebelum ini arwah telah menerima rawatan selama sebulan di Hospital Taiping, Perak kerana sakit. Mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya.
yang sudah luput dari pe
rhatian masyarakat, kesenian ini amat popular di sekitar tahun 40’an sehingga 60’an. Ia menjadi satu budaya yang popular dan satu kemestian bagi masyarakat setempat terutama bila ada majlis keramaian.
gu-lagu Arab yang digemari adalah berima masri dan berbagai lagi. Lagu-lagu persembahan ghazal parti ini kebanyakkannya diambil dari nyanyian penyanyi-penyanyi Timur Tengah yang popular seperti FAIRUZ, OMMU KULTHUM MUHAMMAD ABDUL WAHAB dan juga ABDUL HALIM HAFIZ. Lagu-lagu ada yang berunsur nasihat, semangat bekerja, percintaan dan juga patriotik.
pakaian perempuan. Kemunculan mereka memang dinantikan bila bermula sebuah lagu baru dimainkan. Ramai yang terpesona dengan gaya dan lenggok keindahan tarian mereka mengikut irama padang pasir.
“Putih Hashim tidak dapat duduk diam tanpa ghazal parti. Dari muda hinggalah sekarang, dia masih sayangkan ghazal parti. Semasa berkunjung ke rumahnya di Parit Buntar, Perak, saya dapati banyak sekali peralatan muzik ghazal parti disimpan di rumahnya. Semuanya dijaga dengan baik. Malah beliau yang membahasakan dirinya ‘Kak Teh’ memberitahu, hingga sekarang dia masih lagi mahu menambah bilangan alat-alat muzik ghazal parti untuk simpanannya.

Biola sudah serasi dengannya. Jika ada undangan, samada dalam persembahan ghazal parti, muzik asli dan sebagainya, Kak Teh tetap menjinjing biola kesayangannya ke majlis tersebut.”
Sebut saja Kumpulan Ghazal Parti Sungai Bakau, ramai orang tahu. Di penghujung tahun '60an hingga 70'an, Ghazal Parti Sungai Bakau memang cukup popular.
Sebenarnya kumpulan yang tidak asing lagi di Utara
Di majlis-majlis perkahwinan ketika itu tidak lengkap sekiranya tiada persembahan ghazal parti. Tentu ada yang masih ingat lagi penyanyi - Mat Isa Din, pelawak Harun Kastila, Daud Bujang dan juga beberapa orang penarinya.
Patah tumbuh hilang berganti, begitulah kata pepatah melayu. Kemunculan ghazal parti moden dengan lagu-lagu hindustani dan pop akhirnya telah menenggelamkan kumpulan-kumpulan ghazal parti ala arab yang lebih mengutamakan lagu-lagu berirama 
Kumpulan ghazal parti moden tidak tahan lama. Selepas itu boleh dikatakan tidak ada lagi ghazal parti di utara. Sehinggalah Putih Hashim yang juga turut menyepi akhirnya tergerak hatinya menghidupkan kembali kumpulan ghazal partinya iaitu Ghazal Parti Sungai Bakau. Mat Isa Din telah meninggal dunia, Harun Kastila dan rakannya tidak berlawak lagi.
Putih Hashim telah menyusun kembali beberapa orang lama dan baru untuk menjayakan persembahannya. 'Fajar Irama Ghazal Parti' menggantikan nama dulunya 'Cahaya Mata Ghazal Parti'. Tapi ramai yang lebih senang memanggil kumpulan ini dengan nama Ghazal Parti Sg. Bakau.
Dapatkah Ghazal Parti Sungai Bakau terus bertahan? Kak Teh tetap yakin dan dia bercadang hendak membesarkan lagi kumpulannya hingga menjadi sebuah orkestra.



Gambar kulit kasset dan sekitar rakaman semasa di studio.
Kumpulan Ajinda Ghazal Parti Kepala Batas telah muncul dalam rancangan Harmoni Malaysia RTM1 di Angkasapuri. Setelah tiga puluh tahun menyepi, kini Ajinda Ghazal Parti Kepala Batas muncul kembali. Kassim pemain akordian bertindak sebagai pemimpin. Kini hanya tinggal Kassim seorang pemain asal kumpulan ini sewaktu zaman kegemilangannya dulu. Putih Hashim dari Ghazal Parti Sungai Bakau turut bersama sebagai pemain biola. Orang lama dari Yan iaitu Ustaz Halim turut bermain flute dan menyanyi. Ghozali dari Bandar Baru, Kedah menyanyi lagu-lagu hindi. Pelawak Chop (Pak Kojek) ataupun gelarannya dalam ghazal parti 'Chop misai kontot" dan Bakar Renjong.


IRAMA GHAZAL PARTI UTARA MALAYSIA (VOL. 2)
lain gambar persembahan ghazal parti di tempat yang sama.


yang agak moden coraknya. Di Jalan Pengkalan, Bukit Tengah lahir Irama Baru Ghazal Parti dibawah pimpinan Yaakob Salih. Untuk memantapkan lagi persembahan, mereka bergabung pula dengan Kumpulan Deejavanis Hindustani Parti dari Pulau Pinang. Pengaracara - Mansur Darus (telah meninggal), pelawak - Harun Kastila, Ismail Don (meninggal) dan Jaafar Osman.