GHAZAL, persembahan muzik dan nyanyian lagu-lagu Melayu yang bertemakan kasih sayang. Ghazal berasal daripada tradisi muzik Arab yang wujud sejak zaman jahiliah. Dalam bahasa Arab, ghazal bermaksud ‘lagu dan puisi kasih’. Dalam masyarakat Melayu, ghazal mempunyai pelbagai fungsi antaranya sebagai alat hiburan, meraikan upacara berkhatan dan perkahwinan.

Cik Putih Hashim Lagenda Ghazal Parti

Ghazal Parti Persembahan Lengkap

Khamis, 27 Ogos 2009

10 Pelajar UPSI Kaji Ghazal Parti



10 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak telah menemui saya baru-baru ini kerana ingin mengkaji dan mendalami Seni Warisan Ghazal Parti Utara. Mereka ialah Mohamad Fadhli, Nurul Nisahanis, Robihah, Azwin, Nurulasikin, Nur Atiqah, Noor Diyanah, Nur Ain, Siti Nor Adzlia, Muhd Anwar Saifuddin. Muslim dari UITM Permatang Pauh turut membantu perjalanan mereka.

Saya terharu kerana kedatangan mereka dari Tanjong Malim semata-mata untuk mendalami bidang kesenian warisan ghazal parti dari utara. Disamping itu saya juga memberi penerangan mengenai seni warisan boria yang berasal dari Pulau Pinang. Dari pengakuan mereka, saya yakin yang kesemuanya benar-benar meminati seni warisan ini dan tidak mahu ianya tercemar dengan arus kemodenan. Ini menidakkan tanggapan saya selama ini kerana merasakan generasi muda kurang meminati kesenian warisan di negara kita.

Mereka minta saya pertahankan lagu-lagu Ghazal Parti supaya tetap dengan keasliannya dan tidak dirosakkan oleh pihak-pihak tertentu. Bakal-bakal pendidik ini juga turut risau apabila saya beritahu kemungkinan tidak lama lagi Ghazal Parti akan pupus kerana telah kehilangan beberapa orang penggiatnya satu demi satu. 

Semoga bakal-bakal pendidik ini akan membantu generasi akan datang untuk menyambung dan melestarikan segala seni dan warisan di negara kita supaya ianya tetap terpelihara. Terima kasih kepada Puan Kalsum binti Umar, Pensyarah Kursus Budaya dan Warisan Nasional UPSI yang membimbing dan berikan semangat kepada mereka mencintai kesenian warisan bangsa.

Tiada ulasan: